Setelah membaja novel "Subuh Hilang Senja" yang ditulis oleh Encik Suratman Markasan, saya dapati bahawa terdapat beberapa perwatakkan yang positif terdapat oleh Subuh dan Senja. Subuh ialah seorang yang berdikari mencari wang sendiri dengan bekerja Haw Par Hawker Centre. Dia tidak pernah meminta wang dari ayahnya. Dia juga seorang yang pandai dan pintar. Dia telah berjaya masuk ke pingkat maktab rendah Elite.Dia juga bercita-cita untuk berjaya. Subuh juga seorang yang tidak berputus asa kerana berdikari. Sebab itu, dia akan berjaya di masa hadapannya kerana dia dapat melanjutkan pelajarannya di maktab rendah elite. Kata orang, hendak seribu daya, tak nak seribu daleh. Bukan sahaja itu dia juga menghormati manusia kerana manusia semuanya sama tidak kira bangsa atau agama. Dia sentiasa hormat dan bersopan santun kepada orang tua dan guru-guru di sekolah. Dia juga penolong kerana dia suka membantu orang dengan menolongnya membuat kerja. Subuh juga seorang yang taat kepada agama dan Tuhan. Dia tidak pernah tinggalkan solatnya yang wajib dilakukan setiap hari lima kali. Yang terakhir, Subuh ialah seorang yang boleh dipercayai kerana dia tidak akan membocohkan rahsia tersebut kepada sesiapa. Dia juga boleh menyuruh rakannya menyimpan rahsia walaupun dia tahu yang rakannya itu tahu. Oleh itu, dia tetap tidak menyimpan dendam terhadap sesiapa walaupun orang itu telah mencederakannya atau orang yang telah kutuknya. Seperti Mr. Rodrigues yang membencinya dan dia seorang yang 'racist'. Dia tetap menolong pelajar-pelajar yang lemah.